Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak.
Bersama datangnya Ramadhan, Allah swt telah memanggil kita dengan panggilan yang sangat mulia. Allah swt memanggil kita dengan panggilan "Wahai orang-orang yang beriman" suatu panggilan yang sangat cantik, menawarkan kepada kita untuk berpuasa sekadar sebulan sahaja dari 12 bulan. Bilamana kita selesai berpuasa, Allah swt sendiri yang akan memberikan upah dan anugerah takwa. Tidak melalui orang tengah.
Disamping itu dengan hadirnya Ramadhan juga akan berlaku suatu perubahan alam iaitu, pintu syurga akan dibuka, manakala pintu neraka akan ditutup.Perubahan lain yang dijanjikan oleh Allah swt adalah syaitan akan dibelengu, manakala doa akan diterima.

Apalagi yang kita tunggu ?
Betapa besarnya pahala orang yang berpuasa. Setiap hari berpuasa dijauhkan neraka 70 tahun perjalanan. Bagi mereka yang berpuasa juga akan disediakan pintu khas "Ar Rayan" didalam syurga nanti. Puasa juga akan memberi syafa'at, sebagaimana Al Quran boleh memberi syafa'at kepada kita.

Apa lagi ?
Dengan menjelangnya Ramadhan, perasaan iman akan naik. Jasad pun bertambah sihat, tetap bertenaga walaupun tidak menjamah sedikitpun makanan atau minuman disepanjang hari namun masih boleh melakukan banyak tugasan. Masa berkualitu juga akan bertambah kerana tidak perlu digunakan untuk aktiviti makan seperti hari biasa.

Lagi ?
Sepanjang masa kita berpuasa, seluruh malaikat akan turut beristighfar untuk kita (berapa jumlah malaikat yang ada ...) bilik-bilik di syurga untuk kita juga sedang dihias cantik dibulan Ramadhan. Dosa yang menjadi penghalang kita melaksanakan kebaikan, akan turut diampunkan..

Ya Allah.. Berikanlah kami kekuatan untuk sentiasa energetik dan mampu melaksanakan banyak perkara kebajikan di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Aminn.. Ya Allah