Friday, July 13, 2012

Assalamualaikum wbr
Taujihat yang disampaikan oleh Ustaz pada suatu pagi ketika aku dalam perjalanan ke tempat kerja sangat menyentuh hatiku.

"Cintailah hidup kerana mencintai mati"

Pertamanya kita mestilah meningkatkan "skill" ataupun kemahiran untuk menghadapi mati, sekurang-kurangnya sama cekap dan benar faham sebagaimana kita melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran hidup.

Terdapat 3 kelompok manusia yang mempunyai persepsi yang berbeza tentang mati :

a) Takut mati
Kenapa kelompok ini ujud ? Jawapannya adalah kerana mereka jahil tentang kehidupan selepas mati ataupun kehidupan di akhirat, sebagaimana mereka jahil bahawa kehidupan di lautan itu sebenarnya lebih luas berbanding kehidupan di daratan kerana luas mukabumi yang dilitupi air adalah 60-70 %.
Terdapat juga insan yang takut mati kerana tahu bahawa mereka banyak melakukan dosa dan maksiat, oleh itu sewajarnyalah mereka takut untuk diadili oleh mahkamah Allah rabbuljalil kecuali setelah mereka bertaubat..
Sebahagian besar manusia yang takut mati adalah kerana mereka mampunyai panjang angan-angan, masih lagi mempunyai KPI duniawi yang masih belum tercapai, sedangkanmereka mengetahui bahawa nafsu manusia tidak pernah puas dengan apa yang diperolehi....

bersambung